Al-Imam Muhammad Al-Ghazali didalam Kitab Ihya Ulumudin Juz 3 telah membahagikan Nafsu dalam tujuh tingkatan yang dikenal dengan istilah "Marotibun-Nafsi".
Tempat-tempat dimana Nafsu ini bersemayam didalam dunia Sufi dinamakan sebagai "Lathifah", yaitu sebuah titik halus didalam diri kita yang keberadaannya tersebar kepada tubuh kita.
1) Nafsu Ammarah;
Tempatnya adalah "Ash-Shodru" ertinya DADA.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Al-Bukhlu ertinya Kikir atau Bakhil
b) Al-Hirsh ertinya Tamak atau Rakus
c) Al-Hasad ertinya Hasad
d) Al-Jahl ertinya Bodoh
e) Al-Kibr ertinya Sombong
f) Asy-Syahwat ertinya Keinginan Duniawi
2) Nafsu Lawwamah;
Tempatnya adalah "Al-Qolbu" ertinya HATI.
Tempatnya dua jari di bawah dada kiri.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Al-Laum ertinya Mencela
b) Al-Hawa ertinya Bersenang-Senang
c) Al-Makr ertinya Menipu
d) Al-'Ujb ertinya Bangga Diri
e) Al-Ghibah ertinya Mengumpat
f) Ar-Riya' ertinya Pamer Amal (Riya')
g) Az-Zhulm ertinya Zalim
h) Al-Kidzb ertinya Dusta
i) Al-Ghoflah ertinya Lupa
3) Nafsu Mulhamah;
Tempatnya adalah AR-ROH.
Tempatnya dua jari di bawah susu kanan.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) As-Sakhowah ertinya Murah Hati
b) Al-Qona'ah ertinya Merasa Cukup
c) Al-Hilm ertinya Murah Hati
d) At-Tawadhu' ertinya Rendah Hati
e) At-Taubat ertinya Taubat atau Kembali Kepada Allah
f) As-Shobr ertinya Sabar
g) At-Tahammul ertinya Bertanggungjawab
4) Nafsu Muthmainnah;
Tempatnya adalah AS-SIRR.
Ertinya Rahasia, tempatnya dua jari dari samping dada kiri.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Al-Juud ertinya Dermawan
b) At-Tawakkul ertinya Berserah Diri
c) Al-Ibadah ertinya Ibadah
d) Asy-Syukr ertinya Syukur atau Berterima Kasih
e) Ar-Ridho ertinya Redha
f) Al-Khosyah ertinya Takut Akan Melanggar Larangan
5) Nafsu Rodhiyah;
Tempatnya adalah SIRR AS-SIRR.
Ertinya sangat Rahasia, tempatnya di jantung yang berfungsi menggerakkan seluruh tubuh.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Al-Karom ertinya Pemurah atau Mulia Hati
b) Az-Zuhd ertinya Zuhud atau Meninggalkan Keduniawian
c) Al-Ikhlas ertinya Ikhlas atau Tanpa Terikat
d) Al-Waro' ertinya Meninggalkan Syubhat
e) Ar-Riyadhoh ertinya Latihan Diri
f) Al-Wafa' ertinya Tepat Janji
6) Nafsu Mardhiyah;
Tempatnya adalah AL-KHOFIY.
Ertinya Samar, tempatnya dua jari dari samping dada kanan ke tengah dada.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Husnul Khuluq ertinya Baik Akhlak
b) Tarku Maa Siwallah ertinya Meninggalkan Selain Allah
c) Al-Luthfu Bil Kholqi ertinya Lembut Kepada Makhluk
d) Hamluhum 'Ala Sholah ertinya Mengurus Makhluk Pada Kebaikan
e) Shofhu 'An Zunubihim ertinya Memaafkan Kesalahan Makhluk
f) Al-Mail Ilaihim Liikhrojihim Min Dzulumati Thoba'ihim Wa Anfusihim Ila Anwari Arwahihim
Ertinya : Mencintai Makhluk dan cenderung perhatian kepada mereka, juga mengeluarkannya dari Kegelapan (Keburukan) watak dan Jiwa-Jiwanya ke arah Bercahayanya Roh-Roh mereka.
7) Nafsu Kamilah;
Tempatnya adalah AL-AKHFA.
Ertinya sangat Samar, tempatnya di tengah-tengah dada.
Ada pun pasukan-pasukannya sebagai berikut;
a) Ilmul Yaqiin
b) Ainul Yaqiin
c) Haqqul Yaqiin
Dan tidak ada jalan yang terbaik untuk membersihkan segenap Nafsu ini selain Dzikir dan Pensucian Dzahir Batin. Oleh kerana itu, Para Ulama Tauhid mengajarkan Methode Dzikir terutama Dzikir Nafi dan Isbat (Laa Ilaaha Illallah) yang tekniknya mengatur aliran Dzikir ke seluruh Lathifah-Lathifah.
Mak'rifat itu Fardu;
a) Mak'rifat kepada Keesaan AF'AL Allah
b) Ma'krifat kepada Keesaan ASMA' Allah
c) Ma'krifat kepada Keesaan SIFAT Allah
d) Ma'krifat kepada Keesaan DZAT Allah
- Ada pun Ma'krifat tertakluk kepada Mengenal Diri
- Ada pun Mengenal Diri tertaluk kepada Memfanakan Wujud Dirinya
Ertinya : Barang siapa Mengenal Allah maka Binasalah Wujud Dirinya
Ertinya : Terlepaslah daripada Syirik yang Tersembunyi kerana tidak ada Maujud Manusia. Yang Maujud hanya Allah semata-mata
- Syeh Haqtullah
👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamALHAMDULILLAH
Padam👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamterima kasih tuan atas perkongsian... Alhamdulillah sangat jelas dn mudah difahami...
BalasPadamALLHAMDULILLAH , semoga allah kurniakan nikmat dan rahmat keatas mu
PadamSalam Damai....
BalasPadamDari Batam Indonesia...
Pelajaran disini sangat bermanfaat, Barokallahu fiikum
WALAIKUMSALAM ,
Padamallhamdulillah semoga ilmu ini sentiasa bermanfaat buat kamu
Salam Penuh CINTA 😍🥰😍
BalasPadamKarimun Standby
WALAIKUMSALAM , alhamdulillah
PadamAssallamualaikum tuan..sy rsa kagum melihat intipati tentang pembelajaran di dlm islam ni sgt luas.ini pnndangan sy seperti sains pskatrik tentang manusia.sy doakn tuan moga teruskn karya anda..amin rabbal alamin
BalasPadamJazakallohu khoiron tuan sekh
BalasPadamalhamdulillah.. appreciate it too 😃☺️😊
BalasPadamthanks for your time and kindness and hopefully you had a good day shall be to in Shaa Allah subhanahu wata'ala 😉