RAHSIA SYAHADAH (Khusus)*





PENYEMPURNAAN SYAHADAH.


RUKUN Syahadah itu ada empat perkara;


1) Mengisbatkan Dzat Allah.

2) Mengisbatkan Sifat Allah.

3) Mengisbatkan Af'al Allah.

4) Mengisbatkan kebenaran Rasulullah saw.


Syarat SAH Syahadah itu ada empat perkara;


1) Di Ketahui.

2) Di Iqrarkan.

3) Di Tasdiqkan.

4) Di Amalkan.


BINASA Syahadah itu ada empat perkara;


1) Menduakan Allah.

2) Syak dan Waham didalam hati.

3) Menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah.

4) Tidak mengisbatkan Dzat Allah.


Syahadah terbahagi kepada tiga bahagian;


1) Syahadah Syariat.

2) Syahadah Tarekat.

3) Syahadah Hakikat.


* Pengertiannya...


Syahadah Syariat;

- Mengucap Syahadatain serta dikerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang di larang.


Syahadah Tarekat;

- Hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya segala perkara yang terjadi pada kita dan sekelian mahkluk, sama ada baik atau pun jahat, semuanya datang dari Allah swt dengan Kudrat dan IradatNya serta Ikhlas kita kepadaNya.


Syahadah Hakikat;

- Apabila kita sudah mengetahui dan meyakini dengan sepenuhnya pada hati kita, dan diucapkan dengan Syahadatain, iaitu telah nyata apa yang kita lihat dengan Mata Dzahir, Mata Hati dan Mata Sirr', akan setiap perbuatan Allah swt dengan Kudrat dan IradatNya. Maka Dzahirlah Wujud itu didalam setiap hal keadaan, sehingga kita pandang dengan Mata Sirr' kita, tiada Wujud yang lain melainkan Wujud Allah swt semata-mata.


Syahadah ada dua jenis iaitu;


1) Syahadah Kamilah

2) Syahadah Sirr'


Syahadah Sirr' itu di hati, tidak lahir Syahadah Roh itu melainkan dengan Syahadah Kamilah. Jadi, kedatangan Syahadah itu adalah disebabkan adanya Roh. Jika tiada Roh, tiadalah Syahadah itu.

Roh itu adalah Sirr' Allah, Dzahir itu jadi kenyataan, inilah yang dikatakan Kalimah Kamilah atau sempurna, barulah sempurna Kalimah Syahadah yang kita Syahadahkan, kerana Kamilah itu adalah Sirr'. Jika seseorang tidak tahu Kalimah Sirr' itu, maka pastilah (Yakin) pada seseorang itu mengaku bahawa itu adalah Syahadahnya.

Maka yang ada pada kita itu adalah untuk menyatakan Dzat iaitu Wujud, Ilmu, Nur dan Syuhud atau ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Inilah yang dikatakan Tajalli Dzat atau dikatakan Syahadah. 

Jadi Sifat Ma'ani itulah Syahadah atau kenyataan, yakni Syahadah Kamilah, dan nyata Syahadah Kamilah itu dengan adanya Syahadah Sirr'. Apa yang menjadi Sirr' ialah Wujud, Ilmu, Nur dan Syuhud.

Kamilah iaitu Alam Roh, Alam Mithal, Alam Asjam dan Alam Insan yang ada pada mahkluk khususnya pada MUHAMMAD, kerana Muhammad adalah Amanah. Yang menjadi Amanah (Hayat) iaitu Alam Roh. Hidup inilah yang hendak menyatakan DzatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya.

Kalau kita memahami dengan sebenar-benarnya faham, bahawa kita di ibaratkan duduk didalam lautan, cuma kita tidak sedar kerana kita tidak lemas, tetapi jika kita tahu, sememangnya kita akan lemas, kerana setiap orang yang berada didalam lautan sudah semestinya akan lemas. 

Oleh kerana seseorang itu tidak sedar akan duduknya didalam lautan, jadi sangkaannya 'Hidup' ini kepunyaannya, kerana dia belum mati. Inilah perbezaan diantara orang yang tiada ilmu Ma'krifat. 

Pada Ahli Ma'krifat, bahawa dia duduk didalam lautan iaitu 'Maul Hayat' atau 'Lautan Ahdah'.

Maka mengambil ibarat antara cermin dengan bayang-bayang didalam cermin, Jasad ini di ibaratkan cermin dan gambar didalam cermin itu adalah benda dihadapan cermin. Maka dihadapan cermin itulah gambarnya, apa yang menjadi gambar kepada kita ialah Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat, Sama', Basar' dan Kalam.

Gambar dihadapan kita iaitu Nafas yang turun naik dan membawa segala perubahan, maka sesiapa yang dapat memandang itu, lemaslah ia, dan setiap yang lemas itu harus mati. 

Apabila sudah mati, yang hidup itulah Dzahir nama Allah iaitu Hayyum, 'Alimun, Qadirun, Muridun, Sami'un, Basirun dan Mutakalimun. Itulah SYAHADAH !


Seperti Ahlil Tahqiq menyatakan;

" Tukarlah cahaya dirimu itu dengan digantikan dengan cahaya Tuhannya."


Dan Syahadah inilah yang terkandung didalam dua potong ayat iaitu;


1) Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku.

2) Maha Suci Allah itu satu daripada dua.

3) Dan Allah menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu lakukan.


Setiap kejadian itu daripada Allah swt jua, maka tidak Dzahir Amanah itu melainkan Dzahirkan manusia, kerana manusia itu sanggup menerima Amanah.


"WALA TAKTUMUS SYAHADAH"


- Syeh Haqtullah

Ulasan