Kemuliaan Guru Mursyid
Saya tidak pernah
menulis nama Guru didalam setiap tulisan dan hanya menyingkatkan dengan “Guru
Sufi”, kerana saya ingin sahabat semua menganggap Guru saya adalah Guru anda
juga, dan Guru anda adalah Guru saya juga.
Kita menyebut Beliau
sebagai Guru Sufi ? kalau kebetulan sifat-sifat Guru Sufi yang saya ceritakan
mendekati dengan Guru anda, boleh jadi kita satu Guru dan kalau pun secara
fisik Guru kita berbeza tetapi pada hakikatnya adalah sama kerana isi didalam
dada dari Guru Mursyid adalah Nur Allah.
Seorang murid harus
fokus kepada Gurunya agar boleh mendapatkan pelajaran-pelajaran hakikat yang
berharga, mendapatkan kelimpahan ilmu yang memimpin murid itu kepada KEBENARAN.
Walaupun pada akhirnya tujuan dari berGuru bukanlah untuk mencari ilmu, mencari
kehebatan atau kekeramatan tetapi tujuannya adalah semata-mata hanyalah mencari
Redha-Nya.
Suatu hari saya
menceritakan sebuah mimpi kepada Guru saya. Didalam mimpi tersebut Guru dari
Guru saya berpesan bahawa segala ilmu telah ditumpahkan kepada Guru saya dan
Guru saya adalah gudang segala ilmu. Ketika saya selesai menceritakannya, Guru
saya berkata;
“Bagus mimpimu itu,
dan satu hal yang harus kau ingat bahawa berGuru itu bukanlah untuk mencari
ilmu, tetapi mencari Tilik kasih-Nya”.
Saya bertanya;
“Apakah itu tilik
kasih-Nya wahai Guru ?”
Guru saya menjawab;
“Kasih Sayang dan
Rahmat Allah yang tercurahkan melalui seorang Guru, itulah bekal yang hakiki
dan paling berharga bagi seorang murid. Kamu tahu kenapa Guru saya mengatakan
semua ilmu ada pada Gurumu ini ?”
“Tidak tahu Guru” -
Jawab saya.
“Kerana selama saya
berGuru sampai Beliau pulang kehadirat Allah, saya tidak pernah mencari ilmu,
tidak pernah mengharapkan harta dan tidak pernah mengharapkan kekeramatan, yang
saya inginkan hanyalah Guru semata” - Kata Guru.
Kemudian Beliau
melanjutkan;
“Kalau Guru sakit,
saya berharap Tuhan mahu memindahkan penyakit tersebut kepada saya, biarlah
saya yang sakit dan Guru tetap sihat. Kalaulah Guru susah saya berdoa agar
Tuhan memindahkan kesusahan tersebut kepada saya, biarlah saya yang menanggung
kesusahan dan Guru tetap bahagia”.
(Saya melihat Guru
menangis ketika mengucapkan kata-kata tersebut.)
“Para Sahabat Nabi saw
itu orang-orang pilihan, mereka mengorbankan apapun untuk Nabi saw bahkan nyawa
pun diberikan andai itu diperlukan” - kata Guru.
“Maka… Didalam berguru
kamu jangan pernah mencari ilmu, mengharapkan kehebatan, kalau kamu benar-benar
mencintai Gurumu, maka Allah swt akan mencintai kamu dan seluruh alam akan
mencintaimu”
(Nasihat-nasihat yang
sudah lama sekali saya dengar dari Guru rasanya seperti baru saja Beliau
ucapkan, hangatnya masih terasa.)
Begitulah seorang Guru
Mursyid salah satu ciri KHAS nya adalah apabila memberikan pengajaran akan
berbekas di hati muridnya dan muridnya akan berubah menjadi yang terbaik.
Seorang Guru pasti
memberikan pelajaran yang baik, tidak terkecuali Guru saya dan Guru anda. Para
Guru adalah orang-orang yang dikirimkan oleh Allah swt untuk meneruskan dakwah
Rasulullah saw agar menjadikan Islam sebagai Rahmat bagi seluruh Alam. Tentu
setiap Guru mempunyai kapasiti yang berbeza antara satu sama lain. Ada Guru
yang mempunyai murid yang banyak dan ada yang sedikit, ada yang Khusus untuk
satu daerah ada yang tersebar di seluruh dunia.
Ibarat matahari, ia
adalah tunggal, tetapi boleh dilihat dan dirasakan diseluruh dunia sesuai
dengan kapasiti masing-masing. Ada yang melihat matahari melalui atap rumah
yang bocor berbentuk persegi empat, maka matahari itu berbentuk persegi empat
dan ada yang melihat dari lubang segitiga maka cahayanya matahari itu berbentuk
segitiga juga, sesuai dengan wadah yang dilewatinya. Begitu juga dengan Cahaya
Allah, dia akan melewati wadah yang berbeza untuk boleh menerangi seluruh alam,
tetapi pada hakikatnya adalah satu jua.
Ibarat elektrik, untuk
boleh menerima arus elektrik ia harus melalui kabel, dengan bentuk dan ukuran
yang berbeza. Ada yang berukuran besar dan ada pula yang kecil, bahkan ada yang
sangat kecil, tetapi semuanya mempunyai isi yang sama yaitu elektrik.
Kabel besar akan boleh
menyambung dan membahagi elektrik kepada kabel kecil, dan dengan bantuan lampu
boleh menerangi jumlah yang banyak sedangkan kabel kecil hanya boleh dipakai
beberapa lampu saja. Walau pun kawatnya banyak, kebalnya ribuan kilometer
tetapi tidak menghilangkan isi nya selagi kabel tersebut masih bersambung
dengan penjana elektrik.
Begitulah hakikat dari
Mursyid yang wadahnya berbeza tetapi isinya sama, kerana itu hakikat dari
Mursyid adalah SATU.
Guru Mursyid yang mana
paling hebat ?
Pertanyaan itu tidak
akan pernah boleh terjawab, tergantung kepada siapa anda bertanya. Para murid
akan menganggap Gurunya paling hebat.
Dari pada sibuk
mempertandingkan Guru Mursyid itu, lebih baik kita bertanya didalam hati kita,
sudahkah kita menjadi murid yang terbaik ?
Bukankah Guru Mursyid
itu adalah murid yang Shiddiq dari Gurunya ?
Lalu kenapa kita fokus
kepada pertandingan Guru Mursyid yang bukan wilayah kita, kenapa kita tidak
fokus bagaimana menjadi murid yang terbaik saja ?
Daripada
mempermasalahkan siapa Guru Mursyid yang hebat dan itu adalah hak keistimewaan
Allah swt, Dia yang mengetahui siapa Wali-Nya yang utama, lebih baik kita
belajar menjadi murid yang terbaik dan menjadi insan yang terbaik.
Bagi saya Guru anda
adalah Guru saya juga kerana Guru Sejati itu bukanlah manusia, Guru Sejati
adalah Allah swt yang menjadi Maha Guru dari Segala Maha Guru.
Ulasan
Catat Ulasan