RAHSIA DAN HURAIAN SURAH 4 QUL*




DZIKIR NAFI DAN ISBAT

(PENGESAAN ALLAH swt)


Allah SWT berfirman;

                                     يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ • اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ‎

Ertinya : Pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih."                                                                                                              

(QS. Asy-Syu'ara' : 88-89)


Dzikir Nafi dan Isbat melalui kerja Amal Pernafasan dan Roh adalah jalan pengEsaan Hati kepada Allah swt. Zikir ini didalam awal permulaan Dzikir Nafas dan Roh di panggil Dzikir Syariat.

"Lailahailallah" 

Dan diakhirnya disambung dengan,

"Muhammadarasulullah"

Perlakuan kerja Amal ini adalah sangat keras di pengisian Hati, kerana hendak mendapatkan ketetapan di Hati.

Setelah kita selesai dengan Dzikir Syariat Nafi dan Isbat,

"LailahailallahMuhammadarasulullah"

Lalu di ikuti pula dengan Dzikir Tarekat. Dzikir Tarekat ini pula adalah tujuan Membenarkan apa yang telah ditetapkan di Hati, Dzikirnya adalah; 

"Allah, Allah, Allah"

Kurang sedikit hentakkannya di Hati, namun agak keras dengan pengisiannya demi untuk Membenarkannya, agar Hati tidak akan goyang.

Setelah selesai Dzikir Tarekat ini, disambung pula dengan Dzikir Hakikat iaitu bersungguh-sungguh dengan apa yang di Benarkan akan ketetapan di Hati kita.

Dzikir Hakikat ini jalannya adalah;

a) Lembut

b) Tenang 

c) Sabar

Atas kesungguhan inilah yang akan membawa Tarekat (Tujuan) yang sebenar-benarnya melalui Syariat (Perbuatan).

Setelah semuanya selesai, maka diakhiri dengan Dzikir Ma'krifat, Dzikir Ma'krifat ini adalah latihan 'BERSERAH DIRI'

"Lahaulawaquwataillabilla ilaliyilaziim"

(Tanpa huruf dan suara)

Lakukannya dengan betul dan senantiasa Istiqomah, walaupun sedikit amalannya namun yang sedikit ini jika menjadi 'IKHLAS' maka akan sampai kepada maksudnya.

"Kecuali pada yang sedikit"

Setelah di Istiqomahkan Dzikir Nafas dan Roh, Nafi dan Isbat ini, maka Allah swt akan memberikan HidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Apabila telah tiba HidayahNya kepada barang siapa yang Beriman dan Bertaqwa kepadaNya dengan sebenar-benarnya Taqwa, maka tibalah saatnya seseorang itu akan melaksanakan jalan Dzikir Nafas dan Roh pengEsaannya terhadap Allah swt.

Oleh kerana Insan itu adalah dari Sifat KehendakNya,

(Iftikar) bererti didalam Sifat Iftikar itu ada satu Sifat pengEsaan bagiNya iaitu Sifat Wadaniyah.

Tibalah saatnya Insan itu akan mengerjakan Amal Dzikir pengEsaan kepada Allah swt didalam Hatinya, kerana Sesungguhnya Allah swt itu sememangnya 'ESA', namun Hati kita ini yang sebenarnya belum benar-benar berjaya untuk mengEsakanNya. (Maka Esakanlah Dia)

Dengan jalan Dzikir Nafas dan Roh, kesinambungannya dari hasil Dzikir Nafi dan Isbat.

Zikir pengEsaan - AL IKHLAS.

Dimulakan dengan Dzikir Syariat (Perbuatan) untuk anggota tubuh mendapat sama-sama beremosi mengEsakanNya.

"Bismillahi Rahmaa Nirrahiim"

Dzikir Syariat (Perbuatan).

"Qulhu Allahu Ahad"

Dzikir Syariat ini dilakukan dengan keras untuk selarikan anggota tubuh dengan Hati demi pengEsaan kepada Allah swt yang menjadikan sekelian Alam. Dan di akhirnya Dzikir Syariat, tangan digenggam untuk menyatakan bahawa; 

"Tuhan yang ku sembah hanyalah kepada Allah yang Maha Esa."

(Iktikadkan didalam Hati)

Selesai dengan Dzikir Syariat (Perbuatan) lalu di lanjutkan dengan Dzikir Tarekat (Tujuan dan Matlamat)

"Allahu Somad"

Dzikir Tarekat ini menuju kepada kehambaan, hamba yang meminta kepada yang Maha Esa.
(Allah yang Maha Esa dan hanya kepada yang Esa tempat Aku meminta)

Selesai sahaja Dzikir Tarekat (Tujuan dan Matlamat). Di ikuti pula Dzikir Hakikat.

Dzikir Hakikat ini membawa kepada maksud, Faham ertinya Faham dengan Tujuan asal Perbuatan, iaitu;

"Lamyalid walamyuulad"

(Hakikat Hati faham apa yang hendak di Esakan)

Selesai keseluruhan Syariat, Tarekat dan Hakikat. Di akhiri dengan Dzikir Ma'krifat (Kenal ) iaitu Kenal atas Kefahaman Hakikat, menuju puncak PengEsaan.

"Walamyakullahu kufuwan Ahad"

 Dan inilah pengakhiran Dzikir yang perlu di Istiqomahkan kepada semua muslimin dan muslimat untuk mencapai derajat (Martabat) tertinggi di sisi Allah swt dan RasulNya.


"Hai orang-orang beriman BERZIKIRLAH (Dengan menyebut nama tuhanmu) ALLAH, dengan sebutan yang banyak."

"Dan bertasbihlah kepadaNYA di waktu pagi dan petang."

(Al-Ahzaab : 41-42)

- Syeh Haqtullah

Ulasan